Friday, November 28, 2014

Jutawan bumiputera Phyto Science


NUR FAZLIN FAHSYA (dua dari kanan) bersama rangkaiannya, Mkrich88 menjana pendapatan menerusi produk keluaran Pyhto Science.


PHYTO Science Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Datuk Seri Lai Teck Peng semakin dikenali. Sejak September 2012 pelbagai pencapaian terbaik berjaya diperoleh syarikat ini.
Antaranya ialah mendapat pengiktirafan daripada Asia Pacific Entrepenuer Award 2014 dalam kategori Most Compromising Enterprenuer dan Top Networking pada bulan Ogos lalu.
Pencapaian tersebut tidak terhenti setakat itu. Baru-baru ini, syarikat Pyhto Science sekali lagi memahat namanya sebagai penerima Anugerah ASIA Yes Brand 2014, 101 Million Dollar Independent Enterprenuer 2014 Golden Midas Emerging Business of the Year Trusted MLM dan MLM Toper Award serta diiktiraf sebagai syarikat yang banyak melahirkan usahawan bumiputera yang bergelar jutawan.
Kejayaan demi kejayaan berjaya dilakarkan syarikat bermula dengan produk yang dikenali sebagai Double Stem Cell. Ia merupakan sejenis makanan tambahan yang popular. Produk lain seperti Miracle Essence dan Shine Stem juga meniti dari mulut ke mulut pengguna. Pada bulan Jun lalu, Phyto Science sekali lagi mencipta fenomena apabila memperkenalkan dua lagi produk baharu yang menfokuskan kepada pelansingan badan dan kecantikan kulit iaitu 2Sllim dan Snowphyll.
Ramuan produk yang diperoleh daripada Mibelle Laboratory dengan teknologi phytocellTec itu hanya berasaskan buah- buahan dan alam semula jadi.
Atas keyakinan itu, perniagaan yang berasaskan pelbagai tingkat ini juga berjaya melahirkan ramai jutawan dan usahawan berjaya dalam masa yang singkat.
Antaranya ialah Nur Fazlin Fahsya Ramli, 35 dan suaminya Mohd. Khairi Mat Isa, 38. Berdiri megah dengan rangkaiannya Mkrich88, mereka sangat bangga dengan jumlah rakan niaga yang kini mencecah puluhan ribu dari dalam dan luar negara.
“Faktor utama saya menjalankan perniagaan ini ialah kerana keberkesanan produknya. Testimoni pengguna boleh didapati hanya dengan melayari internet, sekali gus memberi kesan positif kepada pengguna,” kata Nur Fazlin Fahsya.
Kandungan produk
Menurutnya, Phyto Science menjadi sebutan selepas memperkenalkan dua produk baharu iaitu 2Sllim dan Snowphyll.
Apa yang membuatkan ahli teruja untuk mencuba kedua-dua produk ialah cara penggunaan yang mudah dan kandungan produk yang selamat.
“Salah satu faktor yang membuatkan kami di Mkrich88 yakin untuk berkongsi produk dengan para pengguna ialah Snowphyll mengandungi snow algae yang hak pengedaran tunggal diberikan kepada Phyto Science” jelas Nur Fazlin Fahsya.

dua produk baharu iaitu 2Sllim dan Snowphyll mendapat sambutan yang menggalakkan.


Antara kandungan yang terdapat dalam 2Sllim ialah serbuk jus kiwi, asam gelugor atau nama botaninya Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau, sel stem anggur, sel stem argan, stevia dan perisa kiwi.
Menurut Nur Fazlin Fahsya, syarikat ini juga menawarkan bonus yang tinggi dan peluang mengembangkan perniagaan.
“Peluang untuk menjana pendapatan sangat berbaloi dan ramai orang berjaya menjana sehingga mencecah enam angka sebulan.
“Rata-rata yang menjana produk Phyto Science terdiri daripada pelbagai golongan termasuk suri rumah tangga,” jelas Nur Fazlin Fahsya yang berjaya membantu ahli-ahli di bawah rangkaiannya Mkrich88 menjana sehingga enam angka sebulan.
Selain menjana pendapatan lumayan, ahli-ahlinya juga berjaya memenuhi impian dan cita-cita masing-masing. Nur Fazlin Fahsya dan suaminya mengakui berasa puas apabila ramai yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar untuk memperbaiki taraf hidup.
“Saya sangat teruja menjalankan perniagaan ini kerana selain berjaya menurunkan berat badan, saya juga pernah menjana sehingga lima angka sehari,” ujar Nurul Ashikin, 36, seorang guru yang menjalankan perniagaan ini secara sambilan.
Bonus segera
Norhafizawati Zakaria, 35, memberitahu, melalui perniagaan ini, dia mendapat bonus segera. “Fazlin dan suami yang tidak pernah jemu berkongsi info dan idea cara-cara menjana pendapatan. Pada masa yang sama, produk ini memudahkan pengguna untuk diamalkan,” tegas Norhafizawati.
Kini, Mkrich88 berazam membantu ramai usahawan atau ahli-ahli yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Phyto Science.
Pendekatan yang digunakan oleh Mkrich88 ialah medium sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Twitter, Instagram dan sebagainya. Selain itu setiap minggu setiap leader akan mengadakan pertemuan mingguan untuk membantu ahli-ahlinya dan perjumpaan bulanan bersama Nur Fazlin Fahsya. Tujuan pertemuan ini diadakan ialah untuk berbincang strategi dalam perniagaan.
“Setiap ahli di bawah rangkaian saya bebas untuk mengemukakan idea-idea baharu bagi memastikan Mkrich88 berkembang pesat dan kukuh di seluruh negara. Saya percaya produk kami adalah untuk jangka masa panjang seperti mana syarikat-syarikat pengedar makanan tambahan yang lain,” tambahnya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: