Sunday, November 23, 2014

Judika hasilkan lagu dalam 10 minit



Judika


KEDENGARAN agak pelik tetapi itulah yang diberitahu penyanyi Judika apabila mendedahkan lagu berjudul So Beautiful dihasilkan dalam tempoh cukup singkat iaitu 10 minit.
Katanya, lagu tersebut dicipta khas untuk anaknya, Cleo Deora Sihotang yang selamat dilahirkan pada 20 Oktober lalu.
“Saya tengah mengalami fasa bahagia sekarang. Jadi, saya menghasilkan sebuah lagu bersama seorang kawan dari Sweden,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Hati & Cinta di Kemang, Jakarta Selatan, Indonesia baru-baru ini seperti yang dilapor portal hiburan Cumicumi.com.
Menurut Judika, kehadiran Cleo memberi inspirasi kepadanya untuk berkarya dalam menghasilkan sebuah lagu Inggeris dalam tempoh singkat.
“Sebelum anak saya lahir, saya tidak menghasilkan lagu untuknya. Saya hanya berbuat demikian selepas dia selamat dilahirkan ke dunia. Lagu itu khas untuk Cleo,” ujar penyanyi berusia 36 tahun itu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: