Thursday, September 25, 2014

Serpihan mata pisau dalam bungkusan snek


  • Mata pisau kecil yang terdapat dalam snek.Mata pisau kecil yang terdapat dalam snek.

SERI ISKANDAR - Sepasang suami isteri di sini, terkejut apabila menemui serpihan mata pisau dalam bungkusan makanan ringan (snek).

Azizah Mustapa, 31, berkata, makanan ringan itu diperoleh daripada kakaknya ketika mereka bercuti di Lumut.

Menurutnya, setelah pulang ke rumah dia memberikan makanan ringan itu kepada suaminya.

“Semasa berehat pada waktu malam saya memberi makanan ringan berkenaan kepada suami untuk dimakan.
“Tiba-tiba dia merasa tergigit sesuatu dan menyangka hadiah yang terdapat dalam snek berkenaan,” katanya.

Katanya, suaminya bertindak  mengeluarkan benda keras itu dan terkejut apabila melihat benda itu adalah mata pisau kecil.

“Suami saya mengeluarkan kesemua isi snek berkenaan dan mendapati satu lagi mata pisau yang lebih besar di dalamnya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya hairan bagaimana mata pisau boleh berada dalam makanan ringan ini dan jika ia dimakan oleh kanak-kanak sudah tentu mendatangkan kesan tidak baik.

“Pihak pengeluar snek seumpama ini harus lebih peka dalam pengeluaran makanan mereka dan saya harap perkara sama tidak berulang kerana ia melibatkan keselamatan pengguna,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: