Friday, September 26, 2014

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar


Scha pandang daripada sudut positif lebih banyak kebaikan bawa bayi ke luar negara.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan.

"Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun.

"Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.
Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.

Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh.

"Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan.

"Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis.

Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar.

Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan.

"Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

"Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: