Sunday, September 28, 2014

Kolam air panas Ulu Bendul terbiar


  • Kolam air panas pernah terkenal seketika dahulu tetapi kini dipandang sepi.Kolam air panas pernah terkenal seketika dahulu tetapi kini dipandang sepi.

KUALA PILAH – Keunikan kolam air panas di Kampung Ulu bendul, dekat sini yang terkenal seketika dahulu kini hilang daya tarikan selepas tiada inisiatif mana-mana pihak meningkatkan kualiti persekitaran lebih menarik dan selesa terutama dari segi prasarana yang lebih kondusif.

Kolam air panas yang satu ketika dulu menjadi destinasi masyarakat dari dalam dan luar negeri kini seolah tidak dipedulikan lagi.

Bahkan, persekitarannya dipenuhi semak samun serta sampah sarap, menyakitkan mata dan hati.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Bendul, Abu Bakar Sidek, 62, berkata, asalnya kawasan berkenaan hanya mempunyai sebuah perigi yang menjadi tempat takungan air panas.

"Tempat ini memang tidak dibina bumbung sebaliknya konsep terbuka. Tambahan pula, kolam ini sangat kecil dan sukar untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai, tidak seperti kolam air panas di Alor Gajah dan Pedas.

“Disebabkan ia mula menjadi tarikan pelancong, menaik taraf mula dilakukan pada awal 90-an dengan membina empat bilik persalinan serta membuat tempat takungan air panas yang jauh lebih baik," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, kini kawasan tersebut menjadi semakin terbiar.

“Tidak ada daya tarikan membuatkan pengunjung tidak berminat datang ke sini. Situasi sekarang amat berbeza kalau hendak dibandingkan pada 90-an dulu," katanya.

Menurutnya, kolam ini mampu menjadi salah satu tarikan pelancong datang ke daerah ini, selain Hutan Lipur Ulu Bendul dan Muzium Diraja Seri Menanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: