Monday, September 29, 2014

Jantung pisang songsang keluar di batang


  • Mansor (tiga, kanan) menunjukkan pokok pisang yang ditanamnya mengeluarkan jantung pisang secara songsang.Mansor (tiga, kanan) menunjukkan pokok pisang yang ditanamnya mengeluarkan jantung pisang secara songsang.

KOTA – Seorang penduduk di Kampung Kendong Baru, dekat sini, terkejut apabila melihat salah satu daripada pokok pisang yang ditanam di belakang rumahnya mengeluarkan jantung secara songsang di batang.

Penduduk berkenaan, Mansor Mohamad, 52, berkata, dia menyedari pokok berkenaan mengeluarkan jantung secara songsang ketika membersihkan kawasan belakang rumahnya berhampiran pokok pisang berkenaan tiga hari lalu.
Menurutnya, dia kemudiannya ternampak dicelah batang pokok pisang berkenaan terdapat jantung pisang yang keluar secara menyongsang iaitu ke atas dan pucuk pisang juga kelihatan seperti mati.

“Kebiasaannya, pucuk pisang akan sentiasa subur dan jantung pisang akan keluar ke bawah. Namun, lain pula dengan pokok pisang yang terdapat di belakang rumah saya ini. Sebelum ini, saya hanya berpeluang membawa di akhbar sahaja, namun kini saya dapat melihat sendiri kekuasaan-Nya.

“Jika diikutkan, pokok pisang jenis pisang nangka ini merupakan generasi ketiga yang saya tanam sejak menduduki rumah ini empat tahun lalu dan sebelum ini setiap jantung serta pisang yang keluar adalah seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian, ketika ditemui di Kampung Kendong Baru, dekat sini, semalam.
Mansor berkata, seumur hidupnya inilah kali pertama dia melihat hasil tanaman seperti itu.

“Jadi, sebaik melihat imej pelik seperti ini, saya terus memaklumkan kepada rakan-rakan dan mereka juga datang ke rumah bagi melihat sendiri jantung pisang yang keluar secara songsang di batang.

“Rata-ratanya tidak pernah melihat jantung pisang seperti ini dan saya juga tidak sabar untuk melihat buah yang bakal terhasil dari jantung pisang songsang ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: