Monday, September 29, 2014

Balasan anak derhaka


  • Mohd Hamizan Abd Rahman dipenjara 18 bulan selepas mengaku salah mencederakan bapa kandungnya dengan sebatang sepana boleh laras.Mohd Hamizan Abd Rahman dipenjara 18 bulan selepas mengaku salah mencederakan bapa kandungnya dengan sebatang sepana boleh laras.

KUALA TERENGGANU - Balasan anak derhaka! Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhi hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang lelaki kerana tindakannya memukul bapa kandung dengan sepana boleh laras, 23 Ogos lalu.

Mohd Hamizan Abd Rahman, 26, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bapanya, Abd Rahman Mohamad, 69.

Dia mengaku salah memukul mangsa menggunakan sebatang sepana boleh laras di kediaman mereka di Kampung Tegaru, Manir, pada 23 Ogos lalu, kira-kira jam 2 petang.

Dengan itu, Mohd Hamizan mengaku salah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa berada di rumah, Mohd Hamizan telah mengamuk dan berlaku pertelingkahan mulut di antara dua beranak itu.

Situasi semakin tegang apabila Mohd Hamizan mencederakan mangsa menggunakan sepana boleh laras sehingga mendatangkan kecederaan di lengan kiri mangsa.

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, bapa malang itu membuat laporan polis pada hari sama, kira-kira jam 4.40 petang kerana bimbang keselamatan dirinya serta ahli keluarga lain pada masa akan datang.

Mohd Hamizan ditangkap di rumah mereka keesokannya, kira-kira jam 3.15 petang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: