Monday, April 28, 2014

Ziela Tidak Hirau Kontroversi, Satukan Semula Sharnaaz & Nelydia Senrose


Ziela Jalil bakal menyatukan artis-artis drama popular dalam Di Bawah Lindungan Kaabah.
PENERBIT drama Ziela Jalil memberitahu bakal menyatukan semula pasangan pelakonBukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Ziela selaku Pengarah Urusan,  Pena Creative Sdn. Bhd. berkata, keserasian dan populariti yang diraih kedua-dua pelakon itu dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta
membuatkan dia cuba menggabungkan lagi mereka berdua.

"Saya suka dengan keserasian mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan saya akan gandingkan mereka drama adaptasi novel berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

"Namun kali ini watak mereka berlainan dan bertentangan dengan drama itu. Novel itu merupakan antara novel terlaris di pasaran dan ada pengikut tersendiri," katanya kepadamStar Online.

Tambah Ziela, selain pasangan tersebut beberapa artis popular dan kontroversi turut berlakon dalam karya itu termasuklah Keith Foo, Diana Danielle dan Azlee Khairi.

Dia juga yakin senarai nama besar dalam drama tersebut bakal mendapat perhatian dan rating yang tinggi.

"Saya kumpulkan semua pelakon hebat untuk sebuah drama yang baik dan Insyaallah kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang kontroversi yang menimpa  beberapa pelakon itu termasuklah insiden Sharnaaz dikatakan bergaduh dengan Lisdawati, Ziela mengakui pada awalnya kejadian itu agak merisaukan.

Bagaimanpun, katanya, sambutan terus menggalakkan dan penonton lebih memberi perhatian kepada watak-watak yang dibawakan oleh pelakon berbanding kontroversi yang menimpa mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: