Friday, April 25, 2014

Kafe kucing dibuka hanya empat hari



SEEKOR kucing mencium sandwic yang dihidangkan di dalam sebuah kafe di Manhattan, Amerika Syarikat.- REUTERS


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kafe menawarkan peluang kepada orang ramai bermain-main dengan beberapa ekor kucing ketika mereka menunggu ketibaan makanan dan minuman di Manhattan di sini.
Bagaimanapun, kafe yang pertama kali dibuka di AS itu hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bermula semalam kerana undang-undang di AS melarang haiwan berada di dalam restoran.
Kafe itu mempunyai ruang makan yang bersambung dengan sangkar kucing.
Ia mempunyai pintu khas bagi mengelakkan haiwan itu masuk ke dapur kafe.
Pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe itu boleh menikmati hidangkan yang disajikan sambil bermain dengan 16 ekor kucing di dalam sangkar.
Koordinator Liga Haiwan Pantai Utara, Matthew Carroll berkata, pihaknya menghantar beberapa ekor kucing ke kafe itu.
"Sikap dan kesihatan haiwan itu dinilai dengan teliti supaya ia boleh menjadi teman yang sesuai kepada para pelanggan.
"Semua kucing itu sangat sihat dan kami mahu mempromosikan kepada orang ramai berhubung rupa sebenar seekor kucing yang sihat," katanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: