Sunday, April 27, 2014

Hari kedua ekspo makin meriah


AWANG DE'CLOWN membuat pertunjukan silap mata dan seni belon di gerai Kosmo! pada Ekspo Halal Perak 2014 di Seri Iskandar semalam.


SERI ISKANDAR – Hari kedua Ekspo Halal Perak 2014 tampil lebih meriah apabila pengunjung mula membanjiri pekarangan tapak ekspo di sini seawal pukul 9 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur.
Ekspo yang bermula kelmarin diadakan hasil kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bersama HNH Gemilang Resources dengan matlamat untuk mendidik orang ramai mengenai produk halal keluaran bumiputera.

LEBIH 100 kanak-kanak menyertai pertandingan lukisan anjuran Yayasan Restu pada Ekspo Halal Perak 2014 di Seri Iskandar semalam.


Menurut penganjur program itu, Mohd. Azrol Hafiz, pelbagai acara menarik diadakan oleh lebih 20 usahawan dan syarikat yang menyertai Ekspo Halal Perak 2014 antaranya pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan kuiz dan jualan produk.
“Pada sebelah pagi, pertandingan lukisan anjuran Yayasan Restu berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta cilik berusia bawah sembilan tahun,” katanya.
Selain itu, turut menjadi tumpuan ialah gerai Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB) yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma menggunakan produk dinamakan Quantum Magnetic Analyzer.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: