Friday, March 21, 2014

SPM: Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang


ss
Ammar bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham Mei ini.
PETALING JAYA: Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A.

Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan Akaun.

Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata, dia tidak sangka  memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang cemerlang.

"Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. Selain usaha, saya percaya doa ibu dan ayah membuatkan saya berjaya mendapat keputusan yang ce,erlang.

"Apa-apapun, ini baru sahaja permulaan untuk meneruskan cita-cita saya di bidang Pelaburan Pembankan," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.
ammar
Rozita bersama dua orang anak lelakinya Ammar (kanan) dan Aniq.

Rozita pada pagi Khamis turut meluahkkan perasaan gembiranya menerusi foto sijil keputusan anaknya itu yang dimuat naik dalamInstagram miliknya dengan kapsyen:"Congratulation sayang. Im so proud of you."

Ditanya apakah rahsia kejayaan Ammar sehingga mampu meraih keputusan yang cemerlang, katanya, dia memastikan untuk mengulang kaji pelajaran selepas habis sekolah bagi mengingati semula apa yang telah diajar di sekolah.

Malah, Ammar turut aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan daya ingatan serta kepantasan IQ dalam berfikir.

Tambah Ammar, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih selama setahun bermula Mei ini.

"Buat sementara waktu, saya akan belajar selama setahun di Semenyih sebelum menyambung pengajian ke universiti tersebut di United Kingdom," ujarnya.

Selain Ammar, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Aniq Ezzra, 16.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: