Thursday, February 27, 2014

Rezeki buat bakal mempelai


  • Rezeki buat bakal mempelaiPasangan pengantin baru dan wakil penerima cek Skim Gerbang Az-Ziwaaj bersama cek masingmasing bergambar kenangan dengan Mohd Zaki (duduk, tengah).

TUMPAT - Skim Gerbang Az–Ziwaaj menawarkan wang saguhati RM1,000 bagi meringankan sedikit beban kepada mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, bakal pengantin baru layak memohon skim berkenaan untuk membantu mereka membuat persiapan perkahwinan.

Menurutnya, permohonan itu perlu dibuat awal sebelum tarikh melangsungkan perkahwinan supaya wang itu nanti dapat digunakan pada majlis tersebut.

“Setiap pasangan pengantin baru akan menerima cek RM1,000 yang boleh dimohon dengan mengisi borang skim ini di pejabat Dun Kelaboran.

“Pada hari ini sebanyak RM12,000 diagihkan kepada 12 pasangan pengantin baru di Dun ini,” katanya.

Penerima, Nor Aznira Yusof, 23, berkata, dia gembira menerima wang saguhati ini  walaupun memohon selepas tarikh perkahwinannya.

“Suami saya lewat memohon skim ini, mujur ia masih diterima,” katanya yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Mohd Azlizairi Rabii, 33, pada November lalu.

Menurutnya, semua urusan perkahwinan sudah selesai dan wang yang baru diterima itu akan disimpan untuk kegunaan kehadiran cahaya mata nanti.

Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dilancarkan pada Februari 2011 diluluskan oleh kerajaan negeri khas untuk pasangan pengantin baru diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Antaranya, mestilah rakyat Kelantan yang memohon, dilahirkan di Kelantan selain nombor MyKad pemohon perlu bermula 03 atau 29 serta dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan lebih 15 tahun.

Pemohon juga berpendapatan tidak melebihi RM750 sebulan untuk perkahwinan yang pertama sahaja yang layak dituntut oleh seorang pemohon sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: