• Remaja dijel 2 tahunTertuduh masih sempat tersenyum ketika keluar dari mahkamah, semalam.

KOTA BHARU - Pengajaran buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam akibat pecah rumah, Julai, tahun lalu.

Hukuman diputuskan terhadap Fitri Ikmal Mohd Rukman dari Kampung Gong Serapat, di sini, selepas dia mengaku salah.

Dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, memecah masuk sebuah rumah di Taman Puspa Jaya, Ketereh di sini, antara jam 6.30 petang, 21 Julai dan 7 pagi keesokan harinya.

Dalam kejadian itu tertuduh mengambil dua televisyen, set home theater, sebuah motosikal dan cover set Yamaha 135LC milik Kam Yoke Weng, 55.

Pada prosiding itu, tertuduh melalui peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesilapan itu.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kepentingan dan keselamatan awam.

“Saya mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. Mahkamah juga perlu mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa dengan rumahnya yang berselerakan selepas kejadian itu,” katanya.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.