Tuesday, January 21, 2014

Gambar Amy (Search) Dipamerkan Dalam 'Lid & Let'


Amy Search.
PETALING JAYA: Penyanyi rock terkenal Amy Search berasa bertuah apabila tiga gambarnya terpilih untuk dipamerkan pada pameran Lid & Let oleh jurugambar terkenal Chuan Looi.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, itu adalah pertama kali gambar-gambarnya digunakan untuk sesebuah pameran yang dirakamkan oleh jurugambar profesional.
"Saya antara selebriti bertuah kerana tiga potrait saya yang diambil sendiri oleh Chuan terpilih untuk dipamerkan pada pameran itu.
Antara potrait yang dipamerkan.
"Apabila Chuan mahu saya terlibat sebagai salah seorang selebriti dalam acara itu saya terus bersetuju kerana memang meminati hasil kerjanya," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Isnin.
Lid & Let Live An Exhibition by Chuan Looi sedang berlangsung di Tingkat Satu, Avenue K, Kuala Lumpur dari 17 Januari hingga 26 Januari ini.
Selain Amy, potrait pelakon Datuk Rosyam Nor dan Bront Palarae turut dipamerkan pada acara itu.
Tambahnya, dia telah menjalani sesi fotografi bersama Chuan beberapa bulan lalu untuk pameran tersebut dan berpuas hati dengan hasil kerja lelaki itu.
"Seperti biasa hasil kerja Chuan tidak pernah mengecewakan dan gambar yang diambil tidak mempunyai konsep tertentu tetapi ia daripada kaca matanya," jelasnya.
Dalam pada itu, Amy berkata, dia mengenali Chuan secara peribadi dan telah bekerjasama dengan jurugambar profesional itu sebelum ini.
"Sudah banyak gambar saya yang dirakamkan dalam pelbagai sesi fotografi untuk akhbar dan majalah. Saya cukup meminati hasil kerjanya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: