• Siri doktor versi Korea

BAGI peminat siri kedoktoran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan kelainan dengan menyiarkan drama perubatan Korea berjudul 'Brain'.

Menemui penonton sejak 20 November, setiap Rabu dan Khamis, jam 5 petang menerusi TV2, siri ini bukan sahaja menghidangkan drama dan lakonan semata-mata, bahkan penonton turut berpeluang berkongsi ilmu dalam bidang perubatan yang menjadi nadi utama terhadap siri ini.

Dibintangi pelakon-pelakon popular Korea seperti, Shin Ha-Kyun, Jo Dong-Hyeok dan Jung Jin-Young, Brain mengisahkan kehidupan tiga doktor di Hospital berprestij, Universiti Chunha.

Masing-masing, mempunyai karakter yang tersendiri. Watak Lee Kang-Hoon (Shin Ha-Kyun), luarannya tampak baik namun orangnya sangat sombong. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan ingin membuktikan bahawa dia adalah doktor yang paling terbaik di situ.

Perjalanannya nyata bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan, Joon-Suk (Jo Dong-Hyeok) yang berasal dari keluarga yang semangnya pakar dalam bidang perubatan.

Tidak kurang hebatnya dengan Kim Sang-Chul (Jung Jin-Young) yang digelar sebagai pakar bedah otak yang terbaik di hospital itu.