Friday, November 29, 2013

Habib Jewels buka 2 cawangan


MEER (kiri) sedang membantu Rozita memilih barangan kemas 
untuk majlis perkahwinannya di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Habib Jewels bercadang untuk membuka dua lagi cawangan baharunya di Seremban, Negeri Sembilan dan Kuantan, Pahang dalam masa terdekat ini sebagai usaha mengukuhkan kedudukan dan meluaskan rangkaiannya ke seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Meer Habib berkata, sehingga kini, syarikat telah memiliki 31 cawangan di seluruh negara dan pihaknya sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.
"Kami masih berada di sini kerana kepercayaan serta kesetiaan para pelanggan kami sejak 55 tahun yang lalu.
"Pada masa yang sama, bagi menghargai kesetiaan mereka, kami akan sentiasa mengutamakan kepuasan, keselesaan dan kemudahan buat pelanggan ketika membeli-belah di cawangan kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu Habib Jewels yang ke-31 di The Curve, Mutiara Damansara di sini semalam.
Turut hadir ialah pelakon terkenal, Rozita Che Wan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan, Zain Saidin bulan depan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: