Thursday, November 28, 2013

Butik jam Breitling dibuka di Malaysia


PASUKAN aerobatik Malaysia, Smokey Bandits turut hadir memeriahkan majlis perasmian butik sulung Breitling di Kuala Lumpur.


PENGELUAR jam berjenama mewah dari Switzerland, Breitling kini memperkukuhkan kehadiran jenamanya di Malaysia melalui pembukaan butik pertama di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bertempat di pusat beli-belah Pavilion yang terkenal sebagai hab jenama antarabangsa, lokasi pilihan Breitling dianggap tepat bagi menarik penggemar jam jenama mewah eksklusif itu.
Pembukaan butik itu merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membuka butik tersendiri di seluruh dunia, di samping meningkatkan kehadiran di rantau Asia Tenggara.
Tatkala melangkah masuk ke butik berkeluasan 84 meter persegi itu, para pengunjung berpeluang merasai dunia penerbangan Breitling.
Suasana persekitaram rekaan dalamannya berjaya menyuntik elemen moden, elegan dan seakan-akan mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang melintas di hadapan butik itu.
Replika pesawat model L39 Albatros boleh dilihat tergantung di siling dengan sudut dinding dihiasi hasil seni pop bertemakan penerbangan oleh pelukis terkemuka dari Amerika Syarikat, Kevin T. Kelly.
Turut tersedia, tempat duduk kenamaan yang membolehkan pengunjung menikmati dan meneroka intipati jenama Breitling.
Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian butik itu ialah Pengarah Melchers (Malaysia) Sdn. Bhd., Dirk Paulsen dan pasukan aerobatik jet terkenal, Breitling Jet Team yang didatang khas dari Switzerland.

SEBANYAK 200 unit jam yang merangkumi koleksi komprehensif Breitling ditawarkan di butik ini.


Butik Breitling tersebut menampilkan 200 unit jam daripada koleksi komprehensif Breitling yang merangkumi model Navitimer, Chronomat, sehingga ke koleksi eksklusifnya iaitu Breitling for Bentley.
Setiap unit jam Breitling dihasilkan dengan ketukangan terbaik dan buktinya boleh dialami sendiri oleh si pemakai melalui kehalusan logam pada tali jam yang sukar mengalami calar dan permukaan kaca yang hampir tidak berkilau.
“Ia seumpama melihat jam yang tiada permukaan paparan. Tetapi bila disentuh, ternyata ada lapisan kaca yang melindungi permukaan jam ini,” ujar seorang pengunjung.
Keunikan
Keunikan jam jenama tersebut turut terletak pada pergerakan penjejakan waktu yang diiktiraf (chronometer) dengan kadar ketepatan tertinggi iaitu julat ralat 15 saat setahun berbanding jam mewah jenama lain yang secara puratanya mengalami julat ralat sesaat sehari.
Harga jam jenama mewah ini bermula daripada RM10,000 hingga mencecah ratusan ribu ringgit seunit.
Jika anda berkunjung ke butik tersebut, anda berpeluang melihat dengan lebih dekat jam Breitling daripada koleksi Breitling for Bentley yang bernilai RM121,935 seunit.
Ia merupakan jam termahal yang dipamerkan dan hanya terdapat satu unit ditawarkan di Malaysia.
Butik Breitling dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Maklumat lanjut mengenai koleksi eksklusif Breitling boleh dicapai melalui pautan www.breitling.com
dan sebarang pertanyaan boleh dilakukan melalui e-mel ke kualalumpur@breitling-boutique.com.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: