Monday, November 25, 2013

Anita Baharom Terlibat Dengan Perniagaan Tudung


Anita Baharom
PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom mengakui mula melibatkan diri dengan perniagaan fesyen tudung selepas mendapati dia mempunyai minat yang mendalam dengan bidang berkenaan.
Anita, 30, berkata, dia mula mencuba berniaga pada bulan Ramadhan lalu bersama-sama dengan pelakon Yatt Hamzah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan tidak sangka, kepuasan pendapatan yang diperoleh berbeza dengan kerja-kerja yang pernha dilakukannya sebelum ini.
"Selepas pertama kali cuba berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, rasa seronok pula. Saya dan suami terus merancang untuk memulakan perniagaan tudung menggunakan label nama sendiri iaitu Inspirasi Anita Baharom.
"Buat masa ini ia masih lagi dalam produksi dan tunggulah nanti saya akan umumkan pelancaran produk tudung itu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Anita, sebagai introduksi, dia akan mereka dahulu rekaan tudung yang sesuai dimana ia akan digayakan sendiri olehnya terlebih dahulu sebagai promosi.
Sementara itu, pelakon yang mula dikenali dengan drama bersiri Dunia Baru itu berkata, dia kini terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan kerana perlu menjaga anak kedua-dua orang anaknya iaitu Syifa Dhia Nurina, 6, dan Mohd Dhia Iskandar, 2.
"Susah sebenarnya apabila tidak ada pembantu rumah, sayalah yang kena jaga anak. Jadi ia menyukarkan saya untuk melibatkan diri dengan lakonan.
"Tetapi saya tidak mahu bersara daripada dunia yang saya minati itu. Dan kalau boleh setiap empat hingga lima bulan saya akan ambil tawaran lakonan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: