Monday, September 30, 2013

Bayaran BR1M 3.0 terus masuk akaun


AHMAD HUSNI beramah mesra dengan murid SAR Ehsaniah di Ipoh semalam.


IPOH – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bakal menerima bayaran melalui dua peringkat mulai tahun hadapan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, wang bantuan itu pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bukannya secara tunai atau baucar seperti yang dilakukan sejak tahun lepas.
Katanya, langkah itu bertujuan menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: