Tuesday, July 30, 2013

Majlis berbuka puasa Hot FM meriah


SESI bergambar bersama barisan penyampai radio Hot FM, artis dan kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selepas selesai berbuka puasa.


SEMPENA kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, tidak dinafikan pelbagai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim.
Pada 17 Julai lalu, stesen radio popular Hot FM memeriahkan lagi suasana bulan yang mulia ini dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, setiap kali bulan Ramadan tiap- tiap tahun, Hot FM tidak pernah ketinggalan menganjurkan majlis sedemi- kian.
“Ini merupakan tahun keempat Hot FM mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan pada masa yang sama meraikan rakan-rakan media yang banyak menyokong kami selama ini.
“Kali ini, majlis yang dianjurkan juga sedikit berbeza kerana diadakan dalam suasana yang lebih meriah dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis berakhir.
Menurut Seelan, majlis berkenaan menjadi lebih menarik apabila ia turut dihadiri oleh barisan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Kieran, Sharifah Aleya, Ikhwan, Chad dan Deen.
Ujarnya, dengan kemunculan beberapa penyampai radio Hot FM semasa majlis tersebut ternyata memberi peluang kepada mereka untuk bermesra dengan tetamu serta anak-anak yatim yang hadir.
“Tidak dinafikan ada antara penyampai yang mempunyai jadual yang padat untuk memenuhi pelbagai undangan berbuka puasa, namun mereka masih tetap meluangkan masa untuk memeriahkan majlis ini,” ujarnya.

(BERDIRI tiga dari kiri): Fara, Aleya, Deen dan Kieran sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran stesen Hot FM.


Sementara itu, Fara Fauzana yang ditemui menyatakan bahawa dia cukup teruja dan gembira kerana berpeluang untuk mendekati golongan kurang bernasib baik.
Jelas Fara, biar sesibuk mana sekali- pun jadual hariannya sebagai penyampai radio dan pengacara, dia seboleh-bolehnya memang mahu hadir pada majlis yang membabitkan anak-anak yatim.
“Secara kebetulan, saya memang tidak terbabit dengan sebarang aktiviti hari ini. Jadi, saya bersyukur kerana berpeluang untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan ini,” ujarnya.
Program raya
Pada majlis tersebut, Seelan turut ditanya mengenai program-program menarik yang akan disiarkan di stesen radio Hot FM sepanjang sambutan Aidilfitri nanti.
Jelas Seelan, untuk menampilkan sedikit kelainan berbanding stesen-stesen radio yang lain, pihaknya akan menyiar- kan beberapa program istimewa untuk para pendengar.
“Pengisian program sepanjang Aidilfitri pastinya menarik untuk diikuti, terutamanya ketika pendengar yang beragama Islam dalam perjalanan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat semasa beraya.
“Selain itu, kami juga sudah merancang untuk tidak menyiarkan terlalu banyak lagu raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, dengan pengisian program yang telah diaturkan, kami yakin ia mampu menghiburkan pendengar,” ujarnya.
Antara program yang akan disiarkan di stesen Hot FM sepanjang Aidilfitri ini seperti Hot FM Akustika Raya, In Person Bersama Nicholas Saputra, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala & Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, 4 Suara dan Aidilfitri Di Perantauan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: