Tuesday, June 25, 2013

Busana Lebaran di Bazar Busainna

BERGAYA anggun dengan jubah biru lembut dengan penataan manik menyerlahkan kejelitaan.


SEPERTI sudah menjadi satu amalan saban tahun apabila persediaan baju hari lebaran dibuat satu atau dua bulan lebih awal sebelum kedatangan bulan Ramadan.
Ini kerana kebiasaannya menjelang Ramasan, tukang jahit sudah terpaksa tidak lagi menerima tempahan baju kerana pelanggan yang sudah terlalu ramai.
Begitu juga dengan pengusaha butik yang adakalanya tidak menang tangan membuat ukuran baju eksklusif pelanggan.
Usah risau jika tidak sempat menempah baju atau berkunjung ke butik kerana banyak bazar yang menjual pelbagai kelengkapan sempena Aidilfitri.
Salah sebuahnya ialah Bazar Busainna yang dibuka mulai 7 Julai depan dan berlangsung sepanjang bulan Ramadan di pusat beli-belah Maju Junction, Kuala Lumpur.
Antara butik yang turut serta ialah Julie Bridal House yang bakal menjual 10 rekaan istimewa sempena Aidilfitri akan datang.
Menurut pemilik butik itu, Juliana Ahmad, rekaan busana hari lebaran tahun ini memberi fokus kepada busana muslimah elegan tetapi masih mengekalkan ciri- ciri sopan melalui gaun labuh dan percikan manik-manik minimalis.
Jika ingin bergaya ringkas, pelanggan boleh memilih jubah dengan hiasan manik di beberapa bahagian.
"Kami menampilkan rekaan yang sesuai untuk gadis dan wanita berhijab dengan pilihan rona-rona seperti biru firus, merah hati, merah jambu dan hijau," ujarnya ketika ditemui Stailo baru-baru ini.
Fabrik likra Korea yang digunakan dalam kebanyakan rekaan memudahkan pergerakan si pemakai untuk menziarahi rumah teman dan sanak-saudara.
Busana tersebut mempunyai empat pilihan saiz daripada S ke XL tetapi kerana sifat kain tersebut yang bergetah, ia melekap cantik mengikut bentuk tubuh.
"Selain itu, pengguna juga boleh memilih padanan tudung hud dengan hanya tambahan serendah RM20 sahaja. Malah, kami akan terus menjahitnya ketika waktu pembelian," tambah Juliana.
Harga berpatutan menjadi keutamaan kepada butik Juliana yang terletak di Prima Sri Gombak, Batu Caves. Setiap gaun dan jubah dijual pada harga antara RM150 hingga RM260.
Pengarah Urusan Deeya Deco & Event, Noorhidayah Noordin berkata, bazar tersebut bakal disertai oleh 100 gerai jualan yang memberi fokus barangan persediaan hari lebaran.
"Setakat ini sambutan daripada peniaga amat memberangsangkan apabila banyak gerai telah terjual. Bagaimanapun, kami masih lagi mempunyai beberapa tapak kosong yang terbuka kepada mereka yang berminat," katanya.
Mereka yang berminat untuk membuka gerai di bazar tersebut, boleh menghubungi talian 012-924 6227 atau melayari laman web www.- ddeventco.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: