Saturday, June 22, 2013

Bermalam di rumah Bajau Suluk


PELANCONG yang menginap di Nuryati Inn dapat menikmati pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan inap desa itu.


BAGI pelancong yang pernah berkunjung ke Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna, Sabah, ketenangan kawasan kampung yang didiami oleh masyarakat Bajau Suluk dan kebiruan air laut pasti menjadi memori indah untuk dikongsi bersama kenalan.
Pulau itu juga menjadi destinasi tumpuan para penyelam skuba dari seluruh dunia untuk melihat kecantikan dan keindahan batu karang serta hidupan lautnya. Eel Garden dan House Reef antara dua kawasan tumpuan untuk aktiviti skuba di pulau itu.
Usah risau mengenai penginapan sepanjang bercuti di Pulau Mabul kerana terdapat kira-kira 10 buah resort dan inap desa yang diusahakan oleh penduduk pulau itu.
Pengalaman bermalam di inap desa atas air merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun sentiasa dipukul ombak, kediaman yang dibina oleh masyarakat Bajau Suluk daripada kayu belian itu masih utuh berdiri.
Nuryati Inn merupakan antara inap desa atas air di Pulau Mabul. Ia sebuah penginapan yang ringkas dan mempunyai pelbagai kemudahan.
Pemilik homestay itu, Mohd. Yusof Jalal, 55, memberitahu, inap desa itu mempunyai warna tema iaitu biru dan putih. Ia dibina di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kemudahan jeti botnya sendiri.
Dia yang juga Ketua Kampung Pulau Mabul berkata, pihaknya menyediakan sembilan bilik tidur dan lima bilik air.
KANAK-KANAK Bajau Laut sedang bermain-main di sekitar perairan Pulau Mabul.


Keperluan asas
“Bersesuaian dengan konsep ringkas, setiap bilik disertakan dengan dua buah katil, kipas dan soket elektrik yang merupakan keperluan asas pelancong sepanjang bercuti di sini.
“Penginapan dua hari satu malam merupakan pakej minimum di Nuryati Inn. Pakej itu meliputi pengangkutan dari Jeti Umum Semporna ke Pulau Mabul. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menyewa bot ke sini,” ujarnya yang dikenali sebagai Panglima oleh penduduk tempatan.
Kemudahan lain yang disediakan ialah kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan asas seperti beras dan gula. Turut dijual ialah barangan cenderamata seperti kemeja-T.
Dalam pakej itu juga, pihak Nuryati Inn menyediakan hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Lebih menarik, anda berpeluang menikmati hidangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: