Tuesday, May 28, 2013

One Direction cipta rekod jualan tiket


GAMBAR fail menunjukkan anggota-anggota kumpulan One Direction iaitu Payne (kiri) berdiri di sebelah Malik, Styles, Horan dan Tomlinson.


DUBLIN - Kumpulan nyanyian One Direction mencipta rekod baharu jualan tiket di Ireland apabila tiket untuk konsert kumpulan pop itu di Croke Park habis dijual dalam tempoh dua jam, lapor akhbar The Irish News semalam.
Kesesakan talian berlaku apabila beribu-ribu peminat menelefon dari pukul 9 pagi untuk mendapatkan tiket konsert tersebut yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mei tahun depan.
Tiket untuk semua konsert di Croke Park yang mempunyai kapasiti 80,000 orang habis dijual dalam tempoh dua jam itu sekali gus mencatatkan rekod baharu jualan tiket di Ireland.
Ketua pengarah firma Ticketmaster yang menguruskan jualan tiket tersebut, Eamonn O Connor menyifatkan sambutan peminat kali ini sebagai sukar untuk dipercayai.
"Kami mungkin boleh menjual semua tiket untuk konsert ketiga di Croke Park, sambutannya sungguh hebat," katanya.
Tiket paling murah untuk konsert di Croke Park djual pada harga 59.50 euro (RM233), tidak termasuk caj tempahan.
Anggota-anggota kumpulan itu terdiri daripada Liam Payne, Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan dan Louis Tomlinson.
 
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: