Monday, May 27, 2013

Lelaki menyamar Psy di Cannes


Psy palsu (kiri) dan Psy sebenar (kanan).


CANNES, Perancis - Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai bintang rap Korea Selatan, Psy pada festival filem Cannes di sini.
Lelaki itu turut bergambar dengan sejumlah peminat dengan dia dilihat meminum bersama pengurus Psy, Scooter Braun.
Namun, Psy yang berada di Singapura untuk membuat persembahan pada Khamis lalu berkata, Braun menghantar gambar lelaki itu kepadanya selepas menyedari kehadiran penyamar tersebut.
Menurut satu sumber, penyamar itu yang dikenali sebagai Denis Carre, 34, hadir dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda, sut biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam.
"Dia diiringi oleh tiga pengawal peribadinya," kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar The Sun.
Lelaki bertubuh gempal itu turut bergambar bersama beberapa bintang terkenal termasuk aktres filem James Bond, Naomie Harris.
"Ia kelihatan seolah-olah kita telah ditipu, itu bukan Psy sebenar," tulis Harris dalam laman Twitternya selepas menyedari dia dipermainkan.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, melakar sejarah di laman YouTube apabila klip video Oppa Gangnam Style mencatatkan lebih 1.6 bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: