Tuesday, May 28, 2013

Boneka King Kong gergasi dipamerkan


DARROW berdiri di sebelah boneka gergasi King Kong.


MELBOURNE - Beberapa keping gambar yang menunjukkan boneka King Kong gergasi seberat 1.1 tan didedahkan oleh agensi berita AFP semalam.
Boneka itu yang diperbuat daripada besi, gentian lycra dan motor hidraulik akan digunakan dalam pementasan teater muzikal King Kong di Teater Regent di sini pada 15 Jun depan.
Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan studio dari Melbourne Barat, Global Creatures.
Boneka setinggi enam meter itu dikendalikan oleh satu pasukan pengendali yang dikenali sebagai para lelaki King Kong.
Ia turut menggunakan kabel elektronik sepanjang 30 meter.
Pembinaan boneka itu melibatkan kos berjuta-juta dolar dan melibatkan tempoh sehingga lima tahun untuk dihasilkan.
Latihan tentang penggunaan boneka tersebut juga melibatkan tempoh sehingga enam bulan.
Teater itu diarahkan oleh Daniel Kramer.
Antara pelakon utama teater itu ialah Esther Hannaford yang melakonkan watak Ann Darrow.
Ia merupakan teater yang paling mahal pernah diterbitkan di Australia.
Menteri Pelancongan dan Majlis Rasmi Victoria, Louise Asher berkata, pihak kerajaan negeri menyokong penerbitan teater itu kerana ia mempunyai nilai ekonomi.
Pementasan itu dijangka membawa pulangan ekonomi sebanyak A$45 juta (RM131.18 juta).
Filem King Kong buat kali pertama ditayangkan kepada orang ramai adalah pada tahun 1933 di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: