Tuesday, May 28, 2013

Amuk di balai polis


LELAKI Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian amuk.


PERAI – Seorang lelaki Myanmar yang ingin membuat laporan polis ditahan apabila dia tiba-tiba mengamuk sebelum melepaskan tiga das tembakan selepas merampas pistol milik salah seorang anggota di Balai Polis Chai Leng Park di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila pekerja kontrak berusia 33 tahun mahu membuat laporan selepas mendakwa ada orang mahu memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih di sini.
Selepas menerima laporan, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah menghubungi anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk pergi ke taman itu. Namun selepas diperiksa, anggota peronda mendapati dakwaan lelaki itu tidak berasas.
Selepas itu, suspek yang memakai baju-T, kain pelikat dan berkaki ayam bertindak agresif dengan memanjat meja tempat laporan polis dibuat sebelum mencekik anggota polis berkenaan lalu merampas pistolnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, anggota polis itu kemudian dapat menyelamatkan diri dengan berlari ke luar balai bagi meminta bantuan anggota polis lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: