Monday, April 29, 2013

FAMA tawar perniagaan francais


BADRULDDIN (kiri) menerangkan sesuatu mengenai anak pokok durian kepada seorang pengunjung, Mohd. Zamri Hashim (kanan) di Kompleks Pasar Tani Guar Chempedak, Yan kelmarin.


YAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengalu-alukan usahawan khususnya siswazah dan belia untuk menyertai francais KopieSatu sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Badrulddin Amiruldin berkata, walaupun ia merupakan projek perintis tetapi permintaan terhadap produk itu amat tinggi dan kopi yang dihasilkan FAMA setanding dengan produk kopi berjenama lain.
Jelasnya, sehingga kini terdapat 16 cawangan KopieSatu di seluruh negara yang menawarkan pelbagai jenis kopi yang diproses sendiri oleh FAMA.
“Mereka yang berminat boleh menyertai dengan membuka kedai, kios dan karavan dengan modal antara RM30,000 hingga RM100,000,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Karnival Mini Pasar Tani di Kompleks Pasar Tani Guar Chempedak di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: