Saturday, April 27, 2013

Duathlon Malakoff di tiga universiti


ACARA sukan duathlon anjuran Malakoff pada tahun lalu berjaya menarik penyertaan hampir 750 orang.


MALAKOFF Corporation Berhad telah melancarkan Siri Duathlon Universiti Malakoff (MUDS) iaitu perlumbaan endurance larian dan berbasikal di tiga buah universiti.
Perlumbaan duathlon itu akan bermula di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 11 Mei, diikuti Universiti Malaya 18 Mei dan menutup tirai di Universiti Putra Malaysia pada 1 Jun.
Pendaftaran untuk ketiga-tiga peringkat perlumbaan telah pun dibuka sejak 18 April lalu dengan Malakoff menyasarkan penyertaan lebih 900 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata, syarikat tersebut sentiasa menyokong program komuniti berasaskan sukan termasuklah aktiviti duathlon.
"Siri Duathlon Universiti Malakoff direka khusus untuk mereka yang berminat dengan sukan larian dan berbasikal. Saya gembira melihat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk pelajar melalui penyertaan yang semakin bertambah," ujarnya.
MUDS pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 dengan penyertaan 321 orang.
Sokongan orang ramai semakin bertambah dari setahun ke setahun, malah tahun lalu MUDS berjaya mengumpulkan 750 orang peserta.
Untuk pendaftaran Siri Duathlon Univesiti Malakoff anda boleh melayari laman web ww.duathlonseries.com.my. Tarikh tutup untuk mendaftar bagi ketiga-tiga siri ialah pada 7 Mei, 14 Mei dan 28 Mei.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: