Sunday, April 28, 2013

Biskut Ole-Ole Ummy bertaraf antarabangsa


SEORANG pekerja syarikat Ole-Ole Ummy (kiri) menerangkan kepada pelanggan mengenai produk biskut keluaran syarikat itu pada Ekspo Industeri Kecil dan Sederhana di KL Sentral, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Produk biskut buatan sendiri yang dihasilkan oleh syarikat Ole-Ole Ummy mempunyai keistimewaan tersendiri hingga mampu bersaing dengan biskut yang diimport dari luar negara.
Menurut pengusaha produk yang juga pengasas Ole-Ole Ummy, Nor Musalmi Mohamad, beliau tidak menyangka produk yang dihasilkan selama ini mendapat sambutan daripada pelanggan tempatan.
"Pada mulanya, saya menghasilkan biskut ini untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia juga mampu menghasilkan produk setanding dengan pengusaha luar negara.
"Ramai pelanggan memberi respons bahawa biskut yang saya hasilkan mempunyai mutu setanding biskut terkenal di pasaran dan bertaraf antarabangsa" katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di gerainya pada Ekspo Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bertemakan Windows To The World Wilayah Persekutuan di KL Sentral di sini semalam.
Menurutnya, antara produk yang dihasilkannya ialah nutty roche dan biskut Choc Chip bersama almond dengan tiga perasa iaitu cappucino dan coklat serta vanila.
Apa yang menarik, jelas Nor Musalmi yang mempunyai premisnya sendiri di Seremban, semua produk tersebut adalah resipinya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: