Thursday, February 28, 2013

Watak Robin dimatikan dalam komik Batman


GAMBAR fail menunjukkan dua lelaki memakai kostum adiwira Batman (kiri) dan Robin di San Diego, Amerika Syarikat.


NEW YORK - Watak pembantu Batman, Robin ditamatkan sebagai sebahagian daripada jalan cerita dalam siri komik terbaharu adiwira itu, lapor agensi berita AFP semalam.
Menurut DC Comics, karakter Robin yang dibawa Damian menyaksikan dia mati dibunuh musuh yang kejam dalam edisi kelapan komik itu.
Damian merupakan anak lelaki karakter Batman, Bruce Wayne.
Bagaimanapun, berita terbaik buat peminat Robin ialah watak yang mati boleh kembali dihidupkan dalam cerita-cerita komik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: