Friday, December 28, 2012

Dealmates.com semakin popular

KUALA LUMPUR – Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua suku sebelum ini.
Semenjak Julai lalu, Dealmates telah menampilkan 700 unit produk secara purata sebulan dan menjadikannya sebagai laman jualan murah terpantas yang berada di senarai teratas dengan tawaran produk terbanyak kepada pelanggan .
Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus).
Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci berkata, laman web itu berkembang pesat selepas ia beralih daripada konsep belian berkumpulan kepada jualan murah pantas.
Menurut beliau, perbezaan antara jualan murah pantas dengan pembelian dalam talian secara berkumpulan ialah pelanggan tidak perlu menunggu hingga tawaran itu diterima dan melaluinya tiada lagi konsep menunggu bilangan pembeli minimum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: