Friday, December 28, 2012

Agih tilam, bantal

HULUR BANTUAN...mangsa banjir mengambil tilam dan bantal yang diagihkan.
HULUR BANTUAN...mangsa banjir mengambil tilam dan bantal yang diagihkan.
KUANTAN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum mengedarkan 60 tilam dan bantal kepada mangsa banjir di Kampung Galing di sini, yang terjejas teruk apabila kediaman masing-masing dimasuki air sehingga dua meter, Isnin lalu.
Nasharuddin Mohd Nor, 61, berkata, walaupun keluarganya hanya mendapat satu set tilam dan bantal, tetapi ia sudah cukup untuk meringankan beban yang ditanggung akibat bencana alam itu.

“Memang tidak cukup, tetapi sumbangan ini sudah cukup meringankan beban. Banjir menyebabkan saya kerugian RM12,000.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana keluarga selamat,” kata pesara kerajaan itu ketika ditemui selepas menerima bantuan berkenaan.

Pusat Khidmat Rakyat DUN Teruntum menyediakan peruntukan RM4,000 untuk program terbabit dan sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Datuk Chang Hong Seong.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Abdul Hamid Mohd Nazahar.
Sementara itu, Chang berkata, pemberian tilam dan bantal itu untuk kegunaan mangsa banjir selepas mereka dibenarkan pulang nanti.

“Bukan saja tilam dan bantal, tetapi kami akan berusaha membekalkan dapur serta gas memasak kerana mereka tidak boleh menyediakan makanan dan minuman disebabkan peralatan dapur sedia ada sudah rosak akibat banjir.
“Menyedihkan apabila mereka tidak boleh tidur dalam keadaan selesa apabila pulang ke rumah masing-masing kerana tilam dan bantal rosak terkena air,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: