Friday, December 28, 2012

45,000 dapat sambung kontrak

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti.
"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan kontrak tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini semalam.
Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baharu kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.
Katanya, selain itu, cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.
"Setahun ada (cuti) 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: