Thursday, November 29, 2012

MSAG perjuang pelakon


GOLONGAN pelakon memasang harapan yang tinggi agar cadangan penubuhan MSAG yang dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di bawah Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memperjuangkan nasib mereka.


REVOLUSI hijau mula meresap ke seluruh Mexico City yang sebelum ini terkenal dengan masalah pencemaran udara sehingga digelar Makesicko City oleh novelis terkenal, Carlos Fuentes.
Penduduknya kini gigih menanam pokok dan sayur-sayuran, mengayuh basikal dan teksi elektrik sebagai pengangkutan sekali gus mengubah landskap metropolis dikongsi lebih 20 juta penduduk dan empat juta kenderaan itu.
“Kami nekad melakukannya demi melestarikan alam sekitar,” kata Elias Cattan, arkitek berusia 33 tahun sambil menunjukkan pelbagai jenis sayur yang di tanam di atas meja dan sekitar balkoni bumbung pejabatnya.
“Penting untuk kita menjaga bumi pada hari ini demi kepentingan generasi masa hadapan,” kata Cattan ketika hujan rintik mula membasahi bumbung pejabatnya setinggi lima tingkat yang terletak di kejiranan elit di Condesa itu.
Seperti penduduk-penduduk lain di bandar raya itu, Cattan selesa menggunakan basikal ke tempat kerjanya menyusuri laluan-laluan utama yang terkenal dengan masalah trafik.
Kira-kira dua dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Mexico City sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.
Fuentes menggambarkannya sebagai hujan asid berwarna hitam dalam novelnya, Christopher Unborn.
Hakikatnya pencemaran udara yang berlaku sangat kritikal sehingga burung-burung yang berterbangan mati sebaik sahaja melintasi metropolis yang terletak 2,240 meter di atas paras laut itu.
Biarpun pencemaran udara di Mexico City masih berada pada tahap tertinggi, namun ia tidak lagi tersenarai sebagai 10 negara paling tercemar di dunia.
Ia berpunca daripada penguatkuasaan ketat undang-undang jalan raya dan sektor industri.
Kerajaan baharu yang diperintah parti berhaluan kiri telah melaksanakan dasar hijau sejak tahun 2007 bagi mengubah bandar raya itu.
Lebih penting, usaha itu turut mendapat sokongan padu warganya yang mahu mengubah tabiat mereka.
Antara usaha yang dilakukan ialah dengan menanam lebih 500,000 pokok di seluruh bandar raya, memperluaskan program pinjaman basikal, membuka laluan baharu keretapi bawah tanah dan memperkenalkan bas berkonsepkan mesra alam yang menggunakan gas asli.
Teksi elektrik
Teksi-teksi elektrik boleh dilihat menjalar di sekitar bandar raya itu sejak pertengahan tahun ini.
Ia mendapat bekalan kuasanya daripada stesen-stesen kuasa yang menggunakan 25 peratus tenaga daripada panel solar. Teksi yang sudah dicaj mampu berada di atas jalan raya selama enam jam.
Salah seorang pemandu teksi, Cristobal Reynoso, berkata, pelanggan hanya menyedari mereka menaiki kenderaan elektrik sebaik sahaja berada di dalamnya.
“Mereka sangat teruja apabila mengetahui kenderaan yang dinaiki itu menggunakan elektrik, tidak memerlukan petrol atau paip ekzos. Kesedaran menjaga kepentingan menjaga alam sekitar sebenarnya semakin meningkat,” kata Reynoso.
Kawasan Chapultepec Park yang menjadi lokasi barangan kitar semula sering menjadi tumpuan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan.
Pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan, sebahagian besar penduduk tertumpu ke Chapultepec Park.
Mereka membawa pelbagai barangan kitar semula untuk didagangkan melalui sistem barter dengan produk-produk makanan seperti tomato, jagung dan sayur kaktus.
Pihak korporat juga tidak terkecuali memainkan peranan penting. Antaranya VerdMX, yang mengambil inisiatif mewujudkan taman dan landskap hijau bertujuan memastikan udara sentiasa bersih dan segar. Antara struktur yang paling menyerlah ialah di Chapultepec Avenue.
Menanam pelbagai spesies pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran pastinya memerlukan kreativiti dan ilmu. Justeru, pihak berkuasa turut melantik kumpulan pakar yang memberikan nasihat kepada mereka yang mahu mempelajari teknik berkebun di dalam bangunan.
“Ia mudah, murah dan menyeronokkan,” kata Liliana Balcazar, timbalan pengarah pusat pendidikan alam sekitar yang bertanggungjawab memberikan latihan kepada penduduk di bandar raya itu.
“Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan ia mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya lima hingga enam jam sehari.”
“Ia umpama sebuah desa di dalam bandar raya,” jelas Balcazar sambil menambah ia dapat memastikan sumber makanan yang sihat sekali gus mampu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk.
Cattan menerima tunjuk ajar daripada Gabriela Vargas, 43, seorang bekas jurugambar. Wanita itu mula berkebun di bahagian balkoni rumahnya sejak 12 tahun lalu bagi mendapatkan sumber makanan yang segar, berkhasiat untuk anak perempuannya.
Kebun buah
“Selepas saya memulakannya 12 tahun lalu, saya memberanikan diri menanam salad di apartmen anak perempuan saya. Sekarang, konsep penanaman sebegini sudah menjadi trend,” kata Vargas, pengarah projek Cultivate City yang memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah, institusi dan individu perseorangan.
Tahun lalu, organisasinya telah menyumbang 6,000 pokok kepada beberapa daerah di Mexico City.
Kini, dia merancang membina sebuah kebun yang ditanam buah-buahan seperti epal, jambu batu dan pic.
Pihak berkuasa turut menawarkanya sebidang tanah seluas 1,650 meter persegi iaitu bekas tapak bangunan yang telah dirobohkan.
Ketika keseluruhan bandar raya itu semakin menghijau, asap tebal masih kelihatan dan sering menyelubungi kawasan pergunungannya.
Biarpun, paras gas karbon monoksida dalam udaranya menurun sebanyak 90 peratus sejak dua dekad lalu, paras ozon di Mexico City masih lagi di bawah paras yang dibenarkan di samping kehadiran partikel terampai dan bahan pencemar lain.
“Berita baiknya, perubahan sikap ini menyebabkan paras ozon terus konsisten sejak sedekad lalu,” kata Armando Retama, timbalan pengarah perkhidmatan pemantauan udara di bandar raya itu.
“Jika tabiat ini berterusan, masalah yang menghantui Mexico City kini pasti dapat diselesaikan dalam tempoh sedekad.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: