Tuesday, October 30, 2012

Bella si puteri kayangan

ANTARA hadirin yang memeriahkan parti hari lahir Bella ialah Zendaya Coleman, Kailey Swanson, Bella Pendergast dan Dani Thorne.
ANTARA hadirin yang memeriahkan parti hari lahir Bella ialah Zendaya Coleman, Kailey Swanson, Bella Pendergast dan Dani Thorne.
KETIKA majlis penuh gilang-gemilang MTV's My Super Sweet 16 baru-baru ini, semua pihak mengakui ia berlangsung dengan penuh meriah.
Namun, kemunculan Bella ketika dia meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-15 didapati jauh lebih meriah.
   
  • Foto BELLA meraikan sebahagian peminatnya.
  • Foto BINTANG saluran televisyen Disney Channel tiba menaiki kereta kuda berbentuk buah labu.
Aktres muda itu bertukar menjadi puteri kayangan lengkap dengan kereta kuda, mahkota, gaun dan pasangannya.

Bella yang memiliki darah kacukan Cuba, diraikan dalam majlis amat meriah di Los Angeles anjuran saluran Hallmark bagi meraikan aktres berkenaan.Bella muncul dengan gaun merah jambu panjang dengan rantai serta ikat pinggang berkilau.

Di kepalanya, Bella menggunakan tiara berhias permata yang indah.

Sesuai dengan ciri utama dirinya sebelum ini, rambut panjang Bella yang ikal dibiar tanpa diikat.

Walaupun tarikh lahir sebenar Bella ialah 8 Oktober, sambutan yang agak lewat sedikit itu langsung tidak terjejas.

Dia tiba seperti puteri raja menaiki kereta kuda berbentuk seperti buah labu.
Saksi berkata, Bella tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya ketika dia bergambar - sama ada secara bersendirian atau bertemankan rakannya.

Dia kemudian diiringi masuk ke dewan.

Majlis itu dihadiri sebahagian kawan baiknya, termasuk Zendaya Coleman, Kailey Swanson dan Bella Pendergast.

Turut hadir, adik-beradiknya, Dani dan Remy.

Anjing kesayangan Bella yang dihadiahkan teman lelakinya, Tristan Klier, turut menjadi sebahagian daripada tetamu.

Ketika majlis berlangsung, Bella dilihat sempat menikmati detik indah bersama Klier ketika mereka menari diiringi alunan muzik perlahan.

Keesokan harinya, Bella mengucapkan penghargaan kepada semua pihak melalui Twitter: "Malam tadi memang indah. Terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga
dan anda semua yang memberikan ucapan."

Klier turut tidak mahu ketinggalan.

"Menikmati malam yang hebat. Ia memang majlis yang sangat istimewa," tulisnya di Twitter.

Awal bulan ini, Bella menghadiri majlis hari lahir yang lebih kasual di Restoran Katsuya di Hollywood bersama Klier serta Remy serta kawan mereka.

Melihat kepada penampilannya, Bella seperti gadis yang lebih dewasa berbanding usianya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: