Sunday, September 30, 2012

Restoran sarang burung

pix_middle
TERGANTUNG... seorang pelayan melayan pengunjung di Resort Eko Senova Kirl.
TERGANTUNG... seorang pelayan melayan pengunjung di Resort Eko Senova Kirl.
DENGAN bayaran sebanyak RM1,400 untuk hidangan makanan bagi dua orang, pastinya ia bukan murah tetapi sudah tentu berbaloi.
Ini kerana ia satu-satunya restoran di dunia di mana pengunjungnya duduk di dalam sarang burung.

Tempat duduk yang diperbuat daripada rotan itu direka supaya kelihatan seperti sarang burung, iaitu tergantung di atas pokok, 16 kaki dari tanah.

Setelah pengunjung duduk di dalamnya, mereka akan dihidangkan dengan pemandangan indah hutan hujan tropika dan pesisir pantai di resort mewah Soneva Kirl di Thailand.

Anda juga tidak perlu bimbang untuk keluar dari sarang burung jika perlukan wain lagi kerana ‘pelayan terbang’ akan membawa setiap pesanan anda menggunakan tali kabel.

Setiap pod untuk dua orang mempunyai tempat mendarat, di mana pelayan akrobatik boleh berdiri mengambil pesanan dan menghantar makanan dan minuman.

Pengunjung juga tidak perlu memanjat tangga, sebaliknya mereka akan duduk di dalam pod sarang burung itu dan pod akan dinaikkan atau diturunkan secara perlahan-lahan menggunakan takal.

Cef pokok dengan megah mengatakan, mereka menyediakan masakan haute mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Resort Senova menyediakan makanan tradisional Thailand, termasuk ikan yang ditangkap di perairan berdekatan.

Laman webnya mengatakan, pelancong yang membayar 14,000 baht (RM1,400) untuk hidangan dua orang, kira-kira separuh gaji kebanyakan rakyat Thailand, menikmati “makanan organik dengan dihidangkan pemandangan laut biru Teluk Thailand.”

Resort itu yang terletak di Pulau Koh Kood turut menawarkan perkhidmatan membawa pelancong menaiki bot laju ke pantai sunyi untuk berkelah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: