Sunday, September 30, 2012

Giliran Zainal Abidin masuk 'istana'

ZAINAL ABIDIN


AMBOI! Habis konsert ramai-ramai dengan geng otai dalam The Legendary Concert Mei hingga Jun lalu, alih-alih gedebang-gedebung penghibur popular dengan lagu Hijau, terjah masuk Istana Budaya pula.
Ini bukan angan-angan, tapi cerita penyanyi Zainal Abidin nak buat konsert di Istana Budaya sejak lama dahulu akhirnya menjadi kenyataan. Gema persembahan terbaharu, Zainal Abidin Damai Unplugged Concert 2012 bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) akan membuat persembahan selama dua hari mulai 6 Oktober ini pada pukul 8.30 malam.
Kepada peminat yang puas tengok aksi Zainal semasa Konsert Legenda beberapa bulan lalu, inilah masanya. Ada kurang seminggu sahaja dari sekarang untuk bersiap-siap beli tiket ke Istana Budaya pula. Diva dengar, usaha Zainal nak masuk ke istana itu sudah lama. Berkat usaha dia dengan isterinya atas nama syarikat ZI Production Sdn. Bhd. dapatlah Zainal berorkestra pula dengan OSK. Diva masih boleh ketawa kalau dengar cerita kelakar Zainal, harap-harap janganlah dia buat lawak atas Panggung Sari nanti, kan jadi Lawak Ke Der bahagian ketiga pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: