Sunday, September 30, 2012

Bakat peserta OKU pikat juri


MEI YIT menunjukkan bakat nyanyian pada sesi uji bakat Soulstar 2012 di Lundau semalam.


LUNDU - Sesi uji bakat ketiga Soulstar 2012 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam dikejutkan dengan penyertaan seorang peserta orang kelainan upaya (OKU).
Walaupun mengalami masalah saraf sejak kecil, Lee Mei Yit, 22, tidak gentar berhadapan dengan peserta lain yang turut mencuba nasib untuk menjadi pelajar Soulstar 2012.
"Pada mulanya saya berasa rendah diri dengan keadaan diri saya, namun saya tetap gigih untuk menyerlahkan bakat dalam bidang nyanyian.
"Saya perlu sentiasa majukan diri dan dengan kesungguhan yang ada, saya memberanikan diri menghadiri sesi uji bakat kali ini," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.
Sementara itu, Pengasas Soulstar, Zaini Zainuddin berkata, pihaknya berbesar hati dan kagum melihat kesungguhan Mei Yit yang juga merupakan seorang guru tuisyen.
Katanya, walaupun berketurunan Cina, Mei Yit tampil dengan yakin menyanyikan lagu 'Aku Tak Biasa' yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Alda Risma.
"Suara Mei Yit amat unik. Pihak juri terkejut apabila dia mampu menyanyikan lagu Melayu dengan begitu baik," tambahnya.
Program Soulstar 2012 adalah anjuran Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala akhbar Kosmo! menjadi rakan media rasmi.
Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh menghubungi Alyaa Mastura Noorjaya Chew di talian 082-84 6411 dan 016-857 7574 atau layari laman Facebook Soulstar 2012.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: