Wednesday, August 29, 2012

Geri Halliwell, Cinta Baru Russel Brand

Russel Brand sering berkunjung ke London untuk bersama dengan Geri. Foto-Dailymail.co.uk

PELAKON komedi Russel Brand nampaknya semakin ligat mencari wanita yang bersesuaian selepas penceraian dengan Katy Perry pada awal tahun ini.

Menurut laporan portal The Sun, Russel telah meninggalkan kekasihnya, Isabella Brewster, untuk bersama dengan bekas ahli kumpulan Spice Girls, Geri Hallliwell.

Salah seorang saksi, Greg Oram, dia dan isterinya melihat Russel berjalan berdua-duaan dengan Geri di Hampton Court Palace, London.

"Pada mulanya, saya berasa pelik dengan kehadiran Russel berada di tempat orang ramai sehinggalah kami ternampak Russel turut ditemani Geri.

"Mereka kelihatan mesra dan saling berpegangan tangan seperti pasangan bercinta," katanya.

Lebih menguatkan khabar angin itu apabila sumber terdekat Russel mengakui hubungannya dengan Geri semakin serius

"Mereka saling mengagumi antara satu sama lain. Russel banyak menghabiskan masa di London untuk mengenali Geri," kata sumber tersebut.

Terdahulu, Geri pernah menjalinkan hubungan dengan Henry Beckwith namun ia telah berakhir pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: