Sunday, July 29, 2012

Imam Muda Asyraf buat album pula

IMAM MUDA ASYRAF


BIARPUN Diva ini penulis ruangan pojok, tapi Diva suka dakwah tau. Diva suka baca komen-komen pendakwah internet antaranya Imam Muda Asyraf, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menyejukkan hati dengan komen-komen dan status yang diluahkan tetapi personaliti dan keperibadian masing-masing itu membuatkan sesiapa sahaja boleh tersenyum.

Diva dengar, sepanjang bulan Ramadan ini, kalaulah para artis sibuk dengan undangan berbuka puasa dan jadual rakaman atau pengambaran, Asyraf diakui oleh pihak pengurusannya sebagai orang paling sibuk. Ibaratnya Asyraf tak cukup 30 hari itu untuk isi agenda hariannya.

Dalam sibuk-sibuk dengan jadual ceramah dan program Ramadan, sekarang ini Diva dengar Asyraf tengah sibuk di studio rakaman, bukan untuk program televisyen tapi tengah rakam album tau.

Hebatlah Asyraf, dah jadi pendakwah sekarang nak jadi penyanyi pula ke? Ikut sumber yang bagi tahu Diva, katanya Asyraf bukan buat rakaman lagu ketuhanan atau nak jadi penyanyi nasyid ke apa, tapi Asyraf sedang rakam alunan zikir dan doa.

Apa yang menarik, himpunan zikir dan doa Asyraf yang dijangka ke pasaran selepas raya nanti itu akan dilagukan dengan melodi dan diberi sentuhan muzik-muzik indah khas untuk memenuhi halwa telinga peminatnya. Itu konsep yang memang tidak asing lagi, alah macam ustaz-ustaz lain buat sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: