Tuesday, June 26, 2012

Bieber akan rakam lagu dengan One Direction


ANGGOTA-ANGGOTA One Direction terdiri daripada Zayn (kiri) yang berdiri di sebelah Horan, Styles, Tomlinson dan Payne.


LONDON - Bintang pop remaja, Justin Bieber mendedahkan bahawa dia akan merakamkan sebuah lagu bersama kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction, lapor portal berita Irish Central semalam.

"Anggota-anggota One Direction hebat. Kami mempunyai masa yang gembira apabila kami bersama. Mereka datang ke rumah saya dan kami bersantai di sekitar kolam renang sambil mendengar muzik.

"Kami berbincang mengenai kolaborasi saya bersama mereka untuk menghasilkan sebuah lagu dalam album kedua mereka," kata Bieber ketika diwawancara stesen radio Perbadanan Penyiaran British.

Kumpulan One Direction dianggotai Niall Horan, 18, Zayn Malik, 19, Louis Tomlinson, 20, Harry Styles, 18, dan Liam Payne, 18.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: