Thursday, May 31, 2012

Tampilkan fesyen, gaya berbeza

KONSEP kasual.

WANITA yang bijak memilih pakaian yang sesuai dengan tempat yang dituju bukan sahaja memberikan keselesaan kepada diri sendiri malah membuatkan dia selesa dipandang.

Sebenarnya, pakaian yang dipakai haruslah kena dengan tempat dan keadaan.

Sebagai wanita, kita tidak boleh memakai apa sahaja pakaian yang selesa dengan kita atau yang disukai sedangkan ia memang tidak sesuai langsung dengan tempat kita berada.

Contohnya, jika ke majlis perkahwinan atau pernikahan, adalah tidak sopan jika memakai seluar jeans ketat dengan T-shirt.

Jika ke majlis seperti itu, adalah lebih sopan jika berbaju kurung, berkebaya, memakai dres labuh, memakai kaftan moden atau berjubah.

Fesyen sebegini membuatkan seseorang itu nampak lebih manis dan dalam masa sama membuatkan orang sekeliling juga selesa.

Justeru ruangan fesyen kali ini membawakan beberapa konsep fesyen yang mungkin boleh anda sesuaikan dengan tempat yang anda kunjungi.

Konsep romantik

Fesyen berkonsep romantik ini amat sesuai dipakai oleh wanita yang akan bertunang, bernikah atau bagi si ibu muda yang mengadakan majlis cukur jambul bayinya.

Dres putih daripada fabrik renda berlengan kembang tampak eksklusif dengan jahitan kristal yang berkilauan pada bahagian tepi baju.

Warna putih yang suci memang sinonim dengan majlis-majlis yang istimewa dan sopan.

Kepada yang inginkan sedikit kelainan, boleh mencuba dres merah dengan jahitan lisu di depan dan ditambah dengan jahitan manik. Gaya sebegini juga sesuai untuk ke majlis-majlis.

Konsep kasual

Gaya kasual paling kerap dipakai oleh setiap orang kerana gaya sebegini ringkas.

Seperti yang dapat dilihat pada dres merah jambu daripada fabrik jersi tidak membosankan dipadankan dengan jaket longgar berlengan kembang payung.

Jika sukakan gaya yang lebih ranggi, anda boleh mencuba baju hitam yang menampilkan kelainan dengan bahagian bawahnya yang dianyam makrame.

Ke pejabat atau parti

Jika ke pejabat, pastinya anda mahu nampak kemas dan selesa kerana akan berada seharian di pejabat.

Untuk itu, sut baju dan seluar menjadi pilihan ramai wanita kerana fesyen sebegini memudahkan pergerakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu sentiasa bergerak ke sana sini.

Sementara itu, jika inginkan kelainan dan gaya berbeza ke parti, cuba baju syifon hijau ala sari yang dipakai bersama skirt labuh berwarna kuning.

Gandingan warna color block membangkitkan kesegaran pada parti tersebut.

Konsep ringkas, selesa

Berada di rumah tidak bererti anda perlu mengabaikan penampilan anda. Sebenarnya anda juga perlu menjaga gaya dan pakaian kerana walau berada di mana pun, seseorang wanita itu harus nampak cantik.

Dres merah berbunga dan sut seluar baju labuh hitam ini memang sesuai dipakai di rumah.

Jika anda perlu keluar rumah pun anda tidak lagi perlu menukar kepada pakaian lain kerana kedua-duanya sudah nampak menarik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: