Monday, April 30, 2012

Penawar warna kulit tidak sekata


JUS lemon ialah bahan paling mudah bagi membantu mengembalikan seri wajah sekali gus mengatasi masalah kulit tidak sekata.


KULIT lelaki didapati mengandungi melanin lebih banyak daripada wanita. Secara semula jadi, proses penuaan dan keseimbangan kulit yang dialami lelaki lebih pantas. Lantas adalah penting bagi golongan lelaki untuk menjaga kesihatan kulit mereka bagi melambatkan aktiviti tersebut.

Masalah utama yang paling kerap dialami lelaki adalah warna kulit yang tidak sekata (discoloration). Ia boleh dikesan menerusi tompokan kulit yang lebih gelap berbanding bahagian kulit lain.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah usia, terdedah kepada cahaya matahari dan kekotoran kawasan persekitaran yang menyebabkan bahan asing melekat pada kulit.

Melanin merupakan agen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata serta melindungi manusia daripada sinaran ultra ungu (UV).

Peningkatan usia seseorang dan pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan boleh mengakibatkan perubahan warna kulit dan menjadikannya gelap.

Lelaki juga perlu tahu bahawa masalah ini juga berpunca daripada faktor dalaman. Masalah hati, tiroid dan ketidakseimbangan metabolisme turut mendorong meningkatkan kemungkinan terjadinya masalah yang dapat dilihat pada permukaan kulit.

Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah warna kulit tidak sekata. Langkah paling mudah adalah dengan mengaplikasikan jus lemon pada wajah dan biarkan ia selama 10 sehingga 15 minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air sejuk dan ulang aktiviti ini sehingga mendapat hasil yang diingini.

Kulit buah oren atau jus kentang juga boleh dijadikan alternatif menggantikanjus lemon. Caranya adalah keringkan kulit oren di bawah sinar matahari dan carikkan ia halus-halus serta simpan di dalam bekas.

Ketika ingin digunakan, campurkan kulit oren tersebut bersama susu dan ratakan pada seluruh wajah. Kemudian, bilas dengan air bersih selepas 15 minit. Bagi mendapatkan kesan terbaik, cuba lakukannya setiap hari.

Ubi kentang juga memiliki keistimewaan dalam memutihkan wajah. Potong kentang halus-halus dan letakkan pada wajah untuk tempoh 10 minit. Jika mahukan kesan yang ketara, lakukannya setiap hari dengan mencampurkan kentang tersebut dengan tepung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: