Sunday, April 29, 2012

Kereta pejabat

JAGA BADAN... limosin ini lengkap dengan beberapa ciri menakjubkan, termasuk basikal senaman.
JAGA BADAN... limosin ini lengkap dengan beberapa ciri menakjubkan, termasuk basikal senaman.

BAGI kebanyakan kita, melakukan perjalanan dengan kereta bermakna terpaksa meninggalkan sebahagian kemewahan yang kita nikmati di rumah. Bagaimanapun, ia tidak begitu bagi seseorang yang kaya dan mampu memiliki limosin semewah ini.

Kereta mewah ini lengkap dengan ciri-ciri menakjubkan, termasuk basikal senaman yang dipasang khas di dalamnya dan boleh digunakan ketika duduk di satu daripada kerusi kulit di belakang.

  • Foto

    SELAMAT... ada pilihan untuk memasang perisai bagi bilionair berprofil tinggi dan juga tokoh politik yang percaya mereka memerlukan ciri keselamatan selengkapnya.

  • Foto

    MAHAL... kenderaan ini berharga antara RM420,000 dan RM805,000, bergantung kepada spesifikasi muktamad.

  • Foto

    MEWAH... The Cadillac Escalade ESV dikeluarkan oleh Becker Automotive Designs.

Kenderaan itu juga dilengkapi kabinet minuman, televisyen skrin besar HD, sistem suara sekeliling, wifi dan sistem komputer.

Ada juga pilihan untuk melengkapkannya dengan perisai, khususnya bagi bilionair berprofil tinggi atau ahli politik yang percaya mereka memerlukan ciri-ciri keselamatan sepenuhnya.


Cadillac Escalade ESV itu diubah suai oleh syarikat Amerika, Becker Automotive Designs. Kenderaan itu berharga antara RM420,000 dan RM805,000, bergantung pada spesifikasi muktamad.


Dalam mengiklankan kenderaan itu, syarikat berkenaan berkata: “Untuk berada di depan dalam persekitaran perniagaan yang bersaing sengit, bermakna menggunakan setiap minit hari anda yang sibuk untuk perkara paling memanfaatkan.

“Becker Cadillac Escalade ESV membolehkan anda mengubah masa perjalanan kepada sesuatu yang paling tenteram, fokus dan produktif dalam jadual anda.

“Lengkap sepenuhnya, dengan segala keselesaan dan kemudahan sebuah pejabat di hujung jari anda, untuk mereka yang menghargai masa.

“Mengurus koresponden, menggunakan Internet dan menerima laporan berita dan pasaran terkini pada skrin Crestron bersaiz penuh.

“Buat panggilan dan adakan persidangan ketika orang lain tidak boleh melakukannya. Suite lengkap pejabat bergerak membolehkan komunikasi suara dan video dilakukan bila-bila masa.

“Adakan perbincangan di ‘bilik mesyuarat’ yang luas dan mengeluarkan dokumen atas permintaan.

“Lupakan waktu puncak. Habiskan masa peribadi anda mengikut cara yang anda inginkan. Tonton filem atau berehat saja dan santai di dalam ruang luas yang tidak boleh ditandingi mana-mana kereta atau limosin Eropah.

“Dalam pada itu, kehebatan bahagian luarnya bermakna hanya pemilik Becker tahu keadaan di dalam.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: