Thursday, March 29, 2012

SMIAH lahirkan generasi huffaz


Barisan para guru dan pelajar SMIAH, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengambil silibus dan kurikulum yang sama seperti sekolah lain agama lain dibawah pentadbiran JAIS.


SETIAP tahun beribu-ribu permohonan diterima tetapi sayangnya tidak ramai yang diterima masuk. Inilah fenomena sekarang apabila ramai bercakap mengenai 'persaingan' kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah menengah agama sama ada yang ditadbir oleh kerajaan Persekutuan (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama-SMKA) mahupun kerajaan negeri.

Menyedari sekolah menengah aliran agama mampu memberikan lebih daripada sekadar ilmu dunia, ibu bapa hari ini berlumba-lumba menghantar anak mereka ke sekolah aliran tersebut.

Ditambah pula dengan usaha oleh kerajaan negeri menubuhkan sekolah-sekolah menengah agama berprestij tinggi dan bestari sehingga berteraskan hafazan al Quran bagi melahirkan hafiz dan hafizah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: