Kumpulan Radja

Populariti mereka pernah merudum, tetapi kumpulan Radja yang popular dengan lagu Jujur kini kembali bangkit untuk menawan industri muzik Indonesia.

Sempena 11 tahun penubuhan kumpulan, Radja yang dianggotai lima jejaka ini melancarkan album ketujuh mereka, Ayo Melangkah.

Menurut salah seorang ahlinya, Ian Kasela, album ini merupakan langkah awal Radja untuk kembali menambat hati peminat.

“Album ini sarat dengan semangat dan menjadi hasrat kami untuk memberi motivasi kepada pendengar Radja,” katanya.

Kesemua anggotanya juga sudah tidak sabar untuk memulakan siri jelajah di 12 kota sebagai usaha mempromosi album baru mereka.