Thursday, March 29, 2012

Justin Bieber Beli Rumah RM18.6 Juta

Justin Bieber

WASHINGTON: Penyanyi Justin Bieber sudah membeli sebuah rumah agam bernilai RM18.6 juta (GBP3.8 juta) yang sekali gus melonjakkan statusnya pada kelompok selebriti besar seperti Britney Spears dan Steven Spielberg.

Laman web contactmusic.com melaporkan, rumah itu mempunyai sebuah kolam renang dan rumah tamu dan ruang garaj gergasi bagi menampung koleksi kereta mewahnya.

Antaranya termasuklah jip Range Rover yang ditempah khas bernilai RM489,000, Cadillac bertemakan karakter Batman, Ferrari dan kereta terbaru Fisker Karma yang dihadiahkan pengurusnya Scooter Braun bersempena hari jadinya, awal bulan ini.

Menurut laman web X17online.com, kekasih kepada penyanyi Selena Gomez itu merancang untuk memasang sistem kawalan berkomputer bagi mengawal tingkap buta (blinds), pencahayaan, gajet dan tab mandi.

Bieber juga dilaporkan berhasrat untuk memiliki sebuah bilik berkonsepkan ‘bilik tidur remaja lelaki’ yang dipenuhi konsol permainan, mesin arked dan sinema mini.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dikatakan sudah lama mencari sebuah rumah di Amerika Syarikat dan pernah mempertimbangkan untuk membeli rumah aktor Ashton Kutcher sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: