Thursday, March 29, 2012

Bintang Harry Porter Jadi Gay

Kelihatan Daniel Radcliffe (kiri) memeluk teman lelakinya dalam "Kill Your Darlings."

NEW YORK: Bintang Harry Porter iaitu Daniel Radcliffe mencuba sesuatu yang baru apabila dia bersetuju untuk menjadi gay dalam filem Kill Your Darlings.

Pelakon itu akan memegang watak Allen Ginsberg, seorang penyair yang menggemari kehidupan sejenis. Filem tersebut adalah kisah benar Allen Ginsberg pada tahun 1950-an.

Menurut laporan Dailymail, menerusi filem itu, Daniel akan memeluk mesra teman lelakinya dalam satu adegan mereka memakai pakaian bercorak kotak serta seluar berwarna coklat bersesuaian dengan era berkenaan.

Filem Kill Your Darlings diadaptasi berdasarkan novel karya Kerouac dan Burroughs berjudul And the Hippos Were Boiled.

Selain Daniel, filem ini juga turut dibintangi oleh Elizabeth Olsen, Ben Foster dan Dane DeHaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: