Thursday, March 29, 2012

Artis Veteran Indonesia Meriam Belinna Dicekik Dan Ditampar

Meriam Belinna (kanan) dan Hotman Paris. FOTO: inilah.com

JAKARTA: Artis veteran Indonesia yang popular era 80-an Meriam Belinna membuat laporan polis terhadap pengacara Hotman Paris Hutapea atas tuduhan mendatangkan kekerasan serta ugutan terhadapnya.

Portal inilah.com melaporkan, artis itu mendakwa telah diugut oleh lelaki terbabit menerusi telefon sehingga dia terpaksa membuat laporan kepada pihak berkuasa kira-kira pukul 4 petang di Balai Polis Metro Jaya dekat sini, Rabu.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini Meriam Belinna pernah berhadapan dengan kejadian ngeri iaitu pada tiga tahun lalu apabila dia dimaki serta lehernya dicekik oleh Hotman.

Dalam peristiwa itu Meriam turut ditampar berkali-kali sehingga mengakibatkan tulang hidungnya retak selain telinga kanannya keluar darah.

Meriam yang hadir ke balai polis bagaimanapun enggan ditemui pemberita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: