Neelofa

Ramai artis masih tidak mengetahui hak mereka dan cara menghadapi pelbagai ancaman seperti fitnah dan salah guna nama akaun.

Atas dasar itu, Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada golongan artis bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat, dalam sebuah majlis di Wangsa Maju semalam berkata, tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran artis dalam mempertahankan hak mereka.

Antara selebriti yang hadir memberikan sokongan dalam majlis tersebut ialah Neelofa dan Ana Raffali.

Pejabat Sukaguam akan dibuka seminggu sekali setiap Jumaat khas untuk golongan artis mendapatkan khidmat nasihat.